Mutu hafazan peserta Musabaqah kekal di tahap memuaskan

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Rokiah Mahmud

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan bagi Tahun 1441 Hijrah / 2020 Masihi telah diumumkan dalam Rancangan Khas Sempena Memperingati Nuzul Al-Quran 1441H yang disiarkan pagi tadi.

Muncul johan bagi kategori ‘A’ ialah Dayang Nur’Aliyah Amani binti Muhammad Al-Ameen dengan markah 97.43 diikuti oleh Dayang Amal ‘Aziah binti Muhammad Saiful Ashreen selaku naib johan dengan markah 96.9 peratus dan Awang Abdul Hadi Muaiyyad bin Haji Azrol di tempat ketiga dengan 96.64 peratus.

Pemenang sagu hati di tempat keempat dan kelima ialah Dayang Iman binti Haji Muhammad Fahmi dan Dayang Asyah Syamila binti Dr Haji Gamal Abdul Nasir.

Bagi kategori ‘B’, johan disandang oleh Dayang Najla Sabreena binti Haji Abd Rajid dengan markah 93.86 peratus, sementara itu, naib johan dan tempat ketiga, masing-masing dimenangi oleh Dayang Siti Nuru Darwisyah binti Sabli dengan pungutan markah 91 peratus dan Awang Amir Sabrin bin Hasmiron dengan markah 90.64 peratus.

Awang Mohd Nur Raziqqien bin Abu Bakar dan Awang Amin bin Zainuddin pula masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima bagi kategori ‘B’.

Johan bagi kategori ‘D’ Dayangku Nurfaiezah.
Johan bagi kategori ‘B’ yang disandang oleh Dayang Najla Sabreena.
Awang Mohammad Syabil selaku johan bagi kategori ‘C’ dalam Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan bagi Tahun 1441 Hijrah / 2020 Masihi.
Antara peserta yang menyertai Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan bagi Tahun 1441 Hijrah / 2020 Masihi.

Kategori ‘C’ pula menyaksikan Awang Mohammad Syabil bin Shahram menyandang gelaran johan dengan markah 98.5 peratus diikuti oleh Dayang Nur Najihah binti Alias selaku naib johan dengan markah 98.24 peratus dan Dayang Siti Asyiqin binti Asmalee dengan markah 96.21 peratus menduduki tempat ketiga.

Tempat keempat dan kelima bagi kategori ‘C’ disandang oleh Dayang Nur Heesa Mahrunnisaa binti Bambang Isyanto dan Awang Mohamad Azimin @Abdul Basit bin Rajid.

Johan bagi kategori ‘D’, dengan markah 96.05 peratus, disandang oleh Dayangku Nurfaiezah binti Pengiran Haji Kamaluddin manakala naib johan dengan markah 95.84 peratus dimenangi oleh Awang Muhammad Azib bin Muhammad Azim dan Haji Mohammad Bazli Ra’if bin Haji Zulkifli memenangi tempat ketiga dengan markah 94.73 peratus.

Pemenang hadiah sagu hati pula ialah Dayang Nor Asilah binti Haji Putting dan Mohd Asmawi bin Haji Abu Bakar, masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Sementara itu, Awang Abdul Aziz bin Noor Nasran muncul johan bagi kategori ‘E’ dengan markah 99.36 peratus, Awang Muhammad Abu Hurairah bin Ariffin selaku naib johan dengan 97.34 peratus dan Dayang Aqilah binti Haji Ayop di tempat ketiga dengan 96.34 peratus.

Tempat keempat dan kelima bagi kategori ini ialah Awang Muhammad Hisymuddin bin Haji Mahadini dan Dayangku Nur Fatin Wahidah binti Pengiran Haji Muhammad Sallehin.

Pengumuman keputusan telah dibuat oleh Pengerusi Jemaah Hakim Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan tahun ini, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali diikuti dengan suntingan rakaman pertandingan peringkat akhir daripada 15 orang pemenang dalam lima kategori.

Hasil penilaian jemaah hakim tahun ini amat berpuas hati dengan pencapaian peserta walaupun dalam keadaan pergerakan yang terhad berikutan dengan situasi membimbangkan dengan penularan wabak pada masa ini, tapi mutu hafazan peserta masih pada tahap yang memuaskan.

Ini menunjukkan mereka benar-benar menjaga hafazan mereka dan memelihara kesucian Al-Quran dan semoga dengan adanya pencinta-pencinta Al-Quran ini negara dan rakyat umumnya akan sentiasa dilimpahi rahmat dan berkat dari Allah.