Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muzaffa Arieff tinggalkan Thailand

    BANGKOK, 5 Mei – Pihak berkuasa Thailand mengesahkan bahawa seorang lelaki rakyat Malaysia yang mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Daesh telah meninggalkan Thailand pada 21 April.

    Menurut Ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC), Jen Thawip Netniyom, rekod imigresen menunjukkan Muhammad Muzaffa Arieff Junaidi yang berasal dari Rantau Panjang, Kelantan meninggalkan Thailand melalui pusat pemeriksaan Imigresen Sungai Golok pada hari tersebut.

    “Rekod kami baru-baru ini menunjukkan lelaki itu meninggalkan secara sah melalui pusat pemeriksaan imigresen Sungai Golok pada 21 April. Kami juga mempunyai rekod apabila dia memasuki Thailand,” kata beliau kepada media di sini hari ini.

    Thailand akan berusaha untuk memburu lelaki yang dikehendaki itu jika pihak berkuasa Malaysia berkongsi maklumat mengenai apa yang dikatakan penglibatannya dalam kumpulan pengganas, kata ketua NSC itu.

    Kenyataan beliau ialah susulan pengumuman oleh Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar dua hari lepas mengenai penangkapan enam individu kerana disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Daesh.

    Khalid juga berkata, Muhammad Muzaffa dapat meloloskan diri daripada ditangkap dan melarikan diri ke selatan Thailand bersama dua pucuk senjata api, sepucuk pistol dan raifel tempur M-4 Carbine

    Thawip juga berkata tidak ada bukti mengenai kewujudan unit Daesh di negara ini tetapi berjanji pihak berkuasa Thailand akan terus memantau kumpulan tersebut dan bertukar maklumat risikan dengan negara-negara lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda