Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muzakarah Kem. Kesihatan bersama pihak berkepentingan Tutong

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 14 Mei – Sebagai kesinambungan kepada sesi muzakarah pada November lalu, Kementerian Kesihatan telah mengadakan Muzakarah Bersama Pihak-pihak Berkepentingan bagi Daerah Tutong yang berlangsung di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, kelmarin.

    Turut hadir di majlis itu ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, pegawai Daerah Tutong, para penghulu, wakil dari jabatan-jabatan kerajaan, syarikat swasta dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

    Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Operasi Perkhidmatan di Kementerian Kesihatan, Awang Mohammad Sabri bin Haji Anuar dan seterusnya taklimat mengenai status dan perkembangan Kementerian Kesihatan yang disampaikan oleh pegawai-pegawai kanan kementerian.

    Sesi muzakarah juga mengetengahkan isu-isu berkaitan tersendiri dan yang diberikan perhatian adalah mengenai inisiatif Kementerian Kesihatan yang melibatkan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB) Tutong untuk menjadi Pusat Kecemerlangan dalam bidang perkhidmatan khusus bagi penjagaan terbaik dan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan.

    Taklimat disampaikan oleh salah seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan.
    Taklimat disampaikan oleh salah seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan.

    Sesi muzakarah berkenaan merupakan salah satu inisiatif Kementerian Kesihatan dalam membuat pendekatan untuk mengenal pasti isu-isu yang dihadapi oleh orang ramai dalam meningkatkan tahap serta kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini.

    Di samping itu, ia juga memberi peluang pencambahan fikiran di antara kesemua pihak yang berkepentingan dalam sama-sama menanai dan memikul tanggungjawab untuk menjadikan cara hidup sihat sebagai kebiasaan bagi setiap lapisan masyarakat.

    Ia juga menjadi satu wadah untuk berkongsi maklumat dan cadangan daripada pihak-pihak berkepentingan untuk menambahbaikkan usaha dalam mencapai visi dan strategi Kementerian Kesihatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda