Sunday, January 26, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muzakarah lestarikan penggunaan tulisan Jawi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Dis – Sesi Muzakarah Melestarikan Tulisan Jawi di Negara Brunei Darusalam antara Pusat Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, telah diadakan kelmarin di kolej berkenaan.

    Sesi Muzakarah itu adalah sebagai langkah untuk mendukung hasrat dan seruan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar warisan Tulisan Jawi terus diperkasa dan dimartabatkan.

    Hadir pada sesi muzarakah itu ialah Raes KUPU SB, Profesor Madya Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, serta pegawai-pegawai dari Pusat Pengajian Jawi dan Kitab Turath KUPU SB dan DBP.

    Sesi itu secara tidak langsung menggambarkan usaha proaktif dan berterusan pihak KUPU SB melalui Pusat Pengajian Jawi dan Kitab Turath dalam mempergiat hubungan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan mahupun pihak-pihak yang berkepentingan dalam mendaulatkan Tulisan Jawi dan juga Kitab Turath.

    Profesor Madya Dr Abdul Nasir bergambar ramai semasa majlis berkenaan.- GAMBAR SERAHAN KUPU SB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda