Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Muzakarah rancang aktiviti masjid 2022

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Batu Marang, kelmarin, telah mengadakan muzakarah di masjid berkenaan bagi membincangkan aktiviti masjid sepanjang tahun ini.

    Hadir pada sesi muzakarah itu ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Dato Paduka Haji Zaini bin Pengiran Haji Kamaluddin selaku penasihat takmir; Pengerusi Takmir, Awang Saiful Rizal bin Haji Abd Ghafar; Timbalan Pengerusi 1, Awang Muhammad Sharine Hadiman bin Sahari; Timbalan Pengerusi 2, Pengiran Haji Abdul Kadir bin Pengiran Haji Kamaluddin; Setiausaha Takmir, Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi dan Timbalan Setiausaha 1, Pengiran Haji Yussof bin Pengiran Haji Mohd Daud serta ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid yang lain.

    Dalam suasana dan keadaan pada masa ini, pihak jawatankuasa takmir hanya membuat perancangan awal program sepanjang tahun ini sebagai pemakluman awal.

    Sesi muzakarah yang dijalankan di Masjid Kampung Batu Marang.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...