‘Muzik Bach tenangkan jiwa di kala kesusahan’

BEIJING – Pada masa krisis, pemain piano China Lang Lang percaya muzik adalah penawar terbaik, terutamanya Bach, yang menurut beliau merupakan penggubah muzik lagu paling baik untuk era yang dibelenggu krisis lebih daripada 250 tahun lalu.

Penghibur yang menjelajah ke merata dunia, dilahir di barat laut Shenyang pada tahun 1982, menjadi terkenal memainkan muzik penggubah romantik itu dan telah ‘bersiap sedia’ untuk kembali semula membuat persembahan dalam beberapa bulan ini.

Namun penguasaan muzik Bach telah menjadi usaha sepanjang hidupnya, menurut beliau.

“Muzik adalah penawar yang terbaik dalam masa yang bergolak sekarang,” beritahunya kepada AFP sebelum pengeluaran versi Goldberg Variations pada Jumaat.

“Bach, jika kami membandingkan beliau dengan penggubah agung yang lain, mempunyai kuasa penyembuh yang jauh lebih berkesan.

Pemain piano China, Lang Lang mengadakan persembahan sempena majlis pengeluaran album baharunya Goldberg Variations Johann Sebastian Bach di Beijing pada 4 September 2020. – AFP
Lang Lang (kanan) memimpin guru piano pertamanya Zhu Yafen (tengah) di pentas semasa persembahan sempena pengeluaran album baharunya di Beijing baru-baru ini. – AFP
Lang Lang bercakap semasa temu bual di Beijing, sebelum pengeluaran album baharunya yang memaparkan rakaman studio dan persembahan langsung Goldberg Variations Johann Sebastian Bach. – AFP

Untuk menghasilkan ‘Variations’, salah satu lagu paling sukar dalam repertoir Bach disebabkan pelbagai gaya yang berlainan – Lang Lang menyelami era lampau beliau.

Pemain piano itu memainkan 30 ‘Variations’ pada usia 10 tahun dan boleh menghafal kesemuanya tujuh tahun kemudian.

“Menghafalnya tidak sukar kerana saya bermula awal.”

Namun ‘untuk menghayati sepenuhnya mengambil masa 27 tahun. Itulah kebenaran,” kata beliau.

“Saya telah menunggu untuk betul-betul menjiwai lagu itu dengan lebih baik.’

Dengan dunia hiburan langsung menjadi kelam-kabut disebabkan pandemik, Lang Lang – seorang penghibur terkemuka yang lazimnya mengadakan sekurang-kurangnya 90 konsert setahun sebelum pandemik melanda – berkata beliau berasa rindu mengadakan persembahan di depan penonton.

“Apa yang paling saya rindu adalah pentas,” kata Lang Lang, menambah beliau berharap satu kemajuan dalam perubatan akan membantu mengakhiri gangguan tersebut.

“Saya menunggu untuk vaksin, saya mendapat suntikan dan saya akan mengadakan kunjungan sekali lagi.”

Beliau tidak menghilangkan diri sepenuhnya daripada penonton beliau. Pada April, beliau menemani Celine Dion, Lady Gaga, Andrea Bocelli dan John Legend dalam satu konsert maya untuk meraikan pekerja kesihatan.

Dan meskipun kepopularannya bermain piano, beliau berkata beliau tidak akan memaksa anaknya untuk mempelajari piano, tidak seperti ribuan ibu bapa China di mana anak mereka belajar dari usia muda.

“Jika anak saya ingin menjadi pemain piano, maka mereka perlu berusaha dan saya tidak tahu sama ada saya akan mendesak atau tidak,” katanya. “Sudah tentunya saya tidak mahu menghadapi masa yang amat sukar dengan anak saya.”

Namun beliau mengakui, “Anda perlu bekerja keras, tidak adanya cara untuk melepaskan diri.”

Album itu, diedar oleh Deutsche Grammophon, mengandungi satu versi studio dan satu versi konsert, dirakamkan pada Mac di Gereja St Thomas di Leipzig, di mana Johann Sebastian Bac dikebumikan. – AFP