Muzikal kung fu

NEW YORK – Muzikal Kung fu telah menceritakan mengenai kisah kehidupan seorang imigran China di bandar New York yang telah diadakan di Big Apple, Hudsoan Yards.

Muzikal eksperimen Dragon Spring Phoenix Rise telah menceritakan satu rahsia di Flushing, Queens, yang memiliki kuasa ajaib untuk memanjangkan usia manusia dan adik-beradik kembar telah terjerat dalam kesukaran mengawal kuasa itu

Muzikal itu telah menarik beberapa bakat di seluruh negara. Ia telah diarahkan oleh Chen Shi Zheng dan ditulis oleh penulis skrip Kung Fu Panda, Jonathan Aibel dan Glenn Berger. Lagu-lagunya pula dinyanyikan oleh Sia dan diubahsuai oleh Bobby Krlic dan Arca. Manakala koreografi pergerakan disusun oleh Akram Khan dan koreografi seni mempertahankan diri oleh Zhang Jun

Urutan cepat babak dalam kontemporari seni mempertahankan diri dan tarian hiphop telah membuka tirai di hadapan, sekeliling dan di atas penonton di produksi asal ini yang direka khusus untuk terbang, ruang yang fleksibel di The McCourt, The Shed, pusat yang baru sahaja dibuka untuk pameran artistik di bandar New York.

Bagi Chen, ia sangat penting untuk seni mempertahankan diri tradisional China telah diwujudkan semula dan dikekalkan kini pada abad ke-21 di Amerika.

“Saya sangat tertarik dengan seni mempertahankan diri sejak saya kecil lagi dengan kekuatan mereka, ketepatan yang mampan, pergerakan yang halus,” kata Chen, yang menambah, dengan membaca novel-novel bagi seni mempertahankan diri, termasuk tajuk-tajuk daripada Jin Yong, salah seorang penulis yang hebat dalam genre itu, telah memberinya tenaga dan semangat.

Ketika Chen ditanya untuk membuat satu bahan baharu untuk The Shed, beliau telah menunjukkan satu video klip uji bakat pertama Bruce Lee untuk Paramount Studios pada 1964 kepada Alex Poots, pengarah artistik The Shed.

Dalam klip tersebut, Lee cuba menjelaskan asas kemahiran seni mempertahankan diri, satu seni yang belum lagi dikenali di Amerika pada masa itu. Setengah abad kemudian, tidak ada pertarungan menggunakan seni mempertahankan diri tradisional sama ada di panggung dunia, filem adiwira, televisyen dan teater.

Pelakon seperti Bruce Lee

Chen selalu bercita-cita untuk membuat muzikal Bruce Lee, namun untuk mendapatkan barisan pelakon yang sesuai amat sukar.

Dengan cara alternatif, Chen telah mengumpulkan beberapa barisan pelakon yang bukan sahaja mempunyai kebolehan fizikal yang kuat, namun sanggup untuk memberikan beratus, atau beribu jam masa untuk berlatih supaya maruah seni mempertahankan diri itu tidak dikorbankan begitu sahaja. Beliau dan pelakon lain bersama-sama menemui cara untuk menunjukkan cara baharu seni mempertahankan diri iaitu dengan menggabungkan gerakan tarian yang sama sekali tidak berkaitan dengan tradisional China. – Xinhua

Antara persembahan yang telah dilakukan oleh ahli-ahli korus House of Dragon. – Xinhua