Saturday, December 7, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Muzium Denmark pamer usaha kerajaan hapus tukang sihir

    RIBE, DENMARK – Api yang marak dan seorang wanita yang dijilat api, dibakar hidup-hidup – sebuah muzium di Denmark yang menceritakan kembali zaman kegelapan pemburu sihir.

    Terletak di sebuah rumah bekas pemburu sihir, ‘Muzium Pemburu Sihir’ di bandar Ribe menceritakan bagaimana ketakutan terhadap ahli sihir membawa kepada pembunuhan yang berlaku di seluruh Denmark dan Eropah pada abad ke-16 dan ke-17.

    Di seluruh Eropah, kira-kira 100,000 orang telah didakwa kerana perbuatan sihir, dengan anggaran 50,000 orang mati dibakar, menurut ahli sejarah muzium, Hauberg Lindgaard memberitahu AFP.

    Denmark telah menjatuhkan hukuman kepada 1,000 orang kerana perbuatan sihir, kata-nya, angka yang ‘banyak’ jika dibandingkan dengan populasi negara tersebut yang kira-kira satu juta orang pada masa itu.

    Sebagai perbandingan, di Jerman – negara Eropah yang mempunyai pemburu sihir yang paling ramai – telah mendakwa 16,500 orang, lebih dari 40 peratus yang didakwa dibakar.

    Seorang pengunjung yang melawat Muzium Pemburu Sihir di bandar Ribe yang menceritakan mengenai pembunuhan ahli sihir yang berlaku di seluruh Denmark dan Eropah. – AFP

    Hauberg Lindgaard semasa menceritakan mengenai latar belakang muzium yang dibina oleh seorang pemburu sihir yang memainkan peranan dalam mendakwa ahli sihir. – AFP

    Permusuhan terhadap ahli sihir di Denmark berlaku ketika pemerintahan Raja Christian IV (1577-1648), menurut Hauberg Lindgaard.

    Semasa pemerintahan Raja Christian IV, undang-undang pertama negara yang melarang amalan tersebut dilaksanakan pada 1617, mengharamkan amalan penggunaan ilmu hitam. Dalam masa lapan tahun selepas undang-undang tersebut dilaksanakan, mereka yang didakwa meningkat, dengan ahli sihir dibakar setiap lima hari.

    Bagi raja itu – sama seperti kebanyakan orang sezaman termasuk saudara ipar Raja James VI dari Scotland dan England, seorang yang hebat dalam memburu sihir – penganiayaan adalah cara untuk mengekalkan kekuasaan dan menggambarkan dirinya sebagai seorang yang penyayang kepada rakyat jelata.

    Hauberg Lindgaard menjelaskan kebanyakan raja-raja mengambil tanggungjawab tersebut selepas ahli falsafah Perancis pada abad ke-16, Jean Bodin mengisytiharkan jika raja tidak menghukum ahli sihir maka raja tersebut bertanggungjawab terhadap nasib malang rakyatnya.

    Pada masa itu, segala-gala-nya boleh menjadi dalih untuk dikecam sebagai seorang penyihir, dari ucapan yang tidak jelas hingga kata-kata yang mencurigakan, dan kemudian tertuduh akan diadili.

    Muzium yang dibuka pada penghujung Jun, menarik kira-kira 10,000 orang pelawat dalam bulan pertama – menunjukkan perkara tersebut begitu popular di kalangan orang ramai.

    “Orang ramai gemar menonton dan membaca mengenai semua perkara berkaitan de-ngan ‘sihir’ seperti buku novel, dalam filem dan siri televisyen, dan aspek yang menyentuh mengenai sejarahnya,” kata Hauberg Lindgaard.

    “Menariknya, ‘sejarah kebenaran’ berkaitan pada era pemburuan penyihir sejak itu menjadi tidak jelas dan ditafsirkan semula dengan topik yang lebih popular, dan kita boleh merasakan bahawa keinginan untuk memahami apa yang berlaku di kalangan tetamu kita,” katanya.

    Para pelawat boleh mempelajari bahawa kebanyakan ahli sihir itu terdiri dari kalangan wanita, ‘dengan satu per empat darinya adalah golongan lelaki,’ tambahnya.

    Mereka sering digelar sebagai ‘berseorangan dan hidup di kalangan masyarakat yang terpinggir dan kebanyakannya miskin,” menurutnya lagi.

    Penyapu, tangkal, patung dan bermacam-macam-macam barang yang ditayangkan, serta alat-alat yang digunakan untuk menyeksa dan menayangkan bagaimana perbicaraan ter-hadap ahli sihir dijalankan ketika itu, semua itu dipamerkan dengan latar belakang muzik yang menakutkan.

    Bagi seorang pelawat berusia 21 tahun, Mathilda, muzium merupakan peluang untuk belajar lebih banyak mengenai zaman yang kurang diketahuinya.

    “Ia sangat menarik untuk mendengar mengenai perkara seperti ini. Ia adalah sesuatu yang bukan sahaja berlaku di Denmark tetapi juga di kebanyakan negara lain,” katanya.

    Bangunan yang menempatkan muzium tersebut turut mempunyai sejarahnya yang tersendiri, di mana ia dibina pada penghujung abad ke-16 oleh seorang pemburu sihir yang memainkan peranan penting dalam tujuh dakwaan, tiga darinya akhirnya dibakar hidup-hidup.

    Gambar bandar Ribe turut menjadi tempat suci.

    Ditemui pada era Viking, orang ramai sebelum ini percaya bahawa ia adalah tempat di mana mereka belajar mengenai sihir pada tahun 1600an, dan ia adalah bandar Denmark yang menyaksikan jumlah perbicaraan tertinggi, menurut Hauberg Lindgaard.

    Penduduk terakhir yang dituduh sebagai seorang penyihir yang telah dibakar di Denmark ialah Anna Bruds pada 1652. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda