Muzium Jerman setuju pulangkan mumia Maori

BERLIN, 2 SEPT – Sebuah muzium Jerman berkata hari ini bahawa mereka akan memulangkan dua kepala mumia Maori bertatu yang menjadi sebahagian daripada koleksinya selama lebih dari seabad.

Yayasan Warisan Budaya Prusia mengatakan pemulangan kedua-dua mumia ke New Zealand, yang dikenali sebagai Toi moko, akan diadakan dengan secepat mungkin.

Kepala bertatu berpangkat tinggi puak Maori, yang kebanyakannya lelaki, secara lazimnya dijaga oleh saudara mara selepa kematian mereka. Selama abad ke-19 orang Eropah memperoleh dan memperdagangkan Toi moko untuk tujuan saintifik tetapi kebanyakannya telah dipamerkan di muzium.

Muzium kebangsaan Te Papa di Wellington telah berusaha selama bertahun-tahun untuk membawa pulang Toi moko ke New Zealand.

“Saya merasa lega dengan kepulangan berkenaan dan mengembalikan hak di mana ia sepatutnya berada, meskipun kami tidak dapat mengembalikannya seperti asal,” kata Herman Parzinger, pengerusi Yayasan Warisan Budaya Prusia.

Mumia tersebut adalah sebahagian daripada khazanah Muzium Etnologi di Berlin sejak 1879 dan 1905. – AP