Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Muzium seni kraf seoul himpun lebih 23,000 karya berharga

    SEOUL – Muzium Seni Kraf Seoul yang terletak di Jongno-gu, pusat bandar Seoul adalah ruang istimewa di mana orang ramai boleh menyaksikan pelbagai jenis kraf yang dihasilkan dari dahulu hingga kini.

    Dibuka tahun lepas, Muzium Seni Kraf Seoul mempunyai lebih daripada 23,257 karya seni kraf dan yang berkaitan.

    Muzium baharu itu dibina di atas tapak bekas Sekolah Menengah Perempuan Poong-moon. Lokasi ini istimewa kerana di situlah terletaknya rumah putera Raja Sejong, Putera Yeongeung dan tempat Raja Sejong mangkat.

    Semasa pemerintahan Raja Gojong, istana kedua Andong dibangunkan di sini dan digunakan untuk perkahwinan anak maharaja Sunjong.

    Lima bangunan bekas sekolah menengah telah diubah suai menjadi galeri. Manakala, bangunan maklumat muzium dan ruang tambahan merupakan tambahan baharu.

    Muzium baharu itu dibina di atas tapak bekas Sekolah Menengah Perempuan Poongmoon. – ANN/The Korea Herald
    Muzium Seni Kraf Seoul yang terletak di Jongno-gu, pusat bandar Seoul adalah ruang istimewa di mana orang ramai boleh menikmati semua jenis kraf dari dahulu hingga kini. – ANN/The Korea Herald
    Pameran khas dan tetap diadakan di Bangunan Pameran 1. – ANN/The Korea Herald
    Sulaman dan bojagi (kain pembalut tradisional Korea) dipamerkan di Bangunan Pameran 3, bersama-sama dengan koleksi penderma. – ANN/The Korea Herald

    Ruang kraf, yang terletak di belakang Bangunan Pameran 2, digunakan sebagai bengkel dan tempat persidangan. Bangunan maklumat mempunyai kafe dan kedai muzium, serta dinding kaca yang menarik perhatian.

    Pameran khas dan tetap ditayangkan di Bangunan Pameran 1. Di aras 2 menempatkan pameran tetap, karya seni pelukis dari era Joseon, Empayar Korea dan zaman penjajahan Korea.

    Sebuah perpustakaan juga terdapat dalam bangunan itu.

    Di Bangunan Pameran 2, pameran khas tentang kraf tradisional Seoul ditayangkan. Di aras dua adalah pameran tetap tentang sejarah kraf. Sulaman dan bojagi (kain pembalut tradisional Korea) dipamerkan di Bangunan Pameran 3, bersama-sama dengan koleksi penderma.

    Bangunan Pendidikan adalah untuk muzium kanak-kanak yang terletak di aras dua dan tiga. – ANN/The Korea Herald

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...