MVP milik Antetokounmpo

LOS ANGELES, 25 JUN – Bintang Milwaukee Bucks, Giannis Anteto-kounmpo dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) NBA bagi musim 2018-19 hari ini.

Pemain berusia 24 tahun dari Greece itu menangis ketika menerima penghormatan itu pada acara Anugerah NBA yang gilang-gemilang di Santa Monica, California, sekali gus menjadi pemain MVP termuda sejak Derrick Rose, pemenang termuda pada 2011. Antetokounmpo mengatasi MVP 2018, James Harden dari Houston Rockets dan penyerang Oklahoma City Thunder, Paul George bagi anugerah itu.

Antetokounmpo, dalam musim keenamnya bersama Bucks, dengan purata 27.7 mata dan 12.5 rebound ketika menerajui Milwaukee bagi rekod musim biasa terbaik dalam liga dengan 60 menang dan 22 tewas.

Mereka mara ke final Eastern Conference di mana mereka kecundang kepada Toronto Raptors, yang menjadi juara tahun ini.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pasukan dan rakan sepasukan saya,” kata Antetokounmpo. – AFP

Antetokounmpo bergambar bersama anugerah MVP NBA yang dimenanginya. – AP