Myanmar batal pelaburan Thailand dalam projek mega

YANGON, 18 JAN – Myanmar hari ini mengumumkan ia telah membatalkan kontrak bersama syarikat industri Thailand untuk mengusahakan projek pelabuhan laut dalam yang kontroversi.

Projek mega Dawei dianggap sebagai salah satu cara untuk merangsang pelaburan asing di Myanmar ketika ia muncul dari berdekad-dekad pemerintahan tentera namun ia berdepan pelbagai kegagalan, termasuk pembiayaan dan pembangkang tempatan.

Selain pelabuhan itu, projek lama tertangguh sekitar bandar selatan Dawei dihasratkan untuk membangun kawasan industri sekitar 200km persegi.

Jawatankuasa Zon Ekonomi Khas Dawei berkata hari ini ia telah hilang keyakinan’ dalam Pembangunan Itali-Thailand (ITD) selepas isu berulang-ulang.

Mengumumkan pembatalan itu, Jawatankuasa Pengurusan Zon Ekonomi Khas Dawei mengadu ‘pe-nangguhan berterusan, pelanggaran tuntutan kewangan di bawah kontrak dan kegagalan pemegang konsesi untuk mengesahkan keupayaan kewangan mereka bagi melanjutkan pembangunan itu’.

Pengerusi jawatankuasa pengurusan Dawei, Tun Naing berkata Myanmar kini perlu melihat pemaju baharu untuk melabur dalam projek-projek tersebut.

Firma berpangkalan di Bangkok itu sudah pun mengurangkan penglibatannya dalam projek itu pada 2013, meskipun Jepun menunjukkan minat untuk terlibat. – AFP