Myanmar beri vaksin kepada minoriti Rohingya

BANGKOK, 27 OGOS – Seorang jurucakap bagi kerajaan junta Myanmar hari ini mengatakan vaksin COVID-19 akan diberikan kepada kumpulan tertindas, etnik Rohingya di negara itu.

Minoriti Muslim itu merupakan sasaran kempen membanteras pemberontakan sengit dalam 2017 yang didakwa sebahagian pengkritik sebagai pembersihan etnik atau genosid. Rohingya berdepan diskriminasi meluas dan kebanyakannya dinafikan kewarganegaraan dan hak asasi asas.

Jurucakap kerajaan Mejar Jeneral Zaw Min Tun mengumumkan perkara itu pada satu sidang media di ibu negara Naypyitaw di mana dia juga mengatakan pihak berkuasa sedang cuba memvaksin 50 peratus daripada populasi negara itu tahun ini.

Myanmar yang sistem kesihatannya daif dan bertambah lemah kerana pergolakan politik setelah rampasan kuasa tentera pada Februari daripada kerajaan dipilih diketuai Aung San Suu Kyi, berdepan dengan penularan koronavirus teruk, meskipun dalam masa beberapa bulan kebelakangan, jumlah harian kes baharu dan kematian menurun.

Pihak berkuasa Kesihatan kelmarin melaporkan 2,635 lagi kes COVID-19 disahkan, membawa jumlah keseluruhan kepada 3,83,514 semenjak pandemik bermula. – AP