YANGON, 16 Julai – Suruhanjaya Pelaburan Myanmar telah memberi kelulusan kepada sembilan buah syarikat tempatan dan luar negara untuk membina lebih banyak hotel di kepulauan Myeik di rantau selatan Tanintharyl.
Menurut lembaga pengarah tempatan hotel-hotel dan pelancong hari ini, hotel-hotel baru akan dibina di 12 buah pulau di kepulauan itu.
Terdapat lebih 800 buah di rantau itu, yang mana 140 buah pulau popular di kalangan para pengunjung dan juga pelabur.
Para pengunjung kebanyakan dari negara jiran, Thailand, yang pada masa ini seramai 250,000 dari jumlah 300,000 orang asing yang melawat rantau itu tahun lalu, menurut statistik rasmi.
Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, pelancong-pelancong asing ke rantau itu mencecah 160,000 orang.

Pelancong-pelancong yang bercuti ke kepulauan Myeik didapati berminat dengan eko-pelancongan seperti hiking (atau berjalan kaki), mengkaji burung, menyelam, membuat perjalanan jauh dan snorkeling.
Para pengunjung juga selalunya suka membuat perjalanan untuk melawat tempat-tempat dengan bot motor mewah.
Bagaimanapun, para pengunjung ditegah dari menyentuh terumbu karang semula jadi dan mengambil cangkerang siput laut. Myanmar menjangkakan sejumlah 3.5 juta ketibaan pelancong tahun ini dari lebih 3 juta yang didaftarkan tahun lalu. – Xinhua