Monday, March 24, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar catat kes pertama koronavirus

    YANGON, 24 MAC – Myanmar mengesahkan kes pertama koronavirus lewat semalam selepas timbulnya keraguan berminggu-minggu lamanya berhubung dakwaan negara mundur di Asia Tenggara itu yang mengatakan ia bebas daripada penyakit tersebut.

    Negara dengan 54 juta penduduk itu telah menjadi negara terbesar berdasarkan penduduk di negara yang belum melaporkan sebarang kes pandemik yang telah mengurung lebih daripada 1.7 bilion penduduk dalam rumah mereka.

    Dengan hanya 214 orang diuji lewat semalam, pakar perubatan dan kumpulan hak telah menggesa Myanmar supaya bangkit dan meng-hadapi krisis itu.

    Kementerian kesihatan Myanmar lewat semalam mengesahkan seorang lelaki Myanmar berusia 36 tahun berkunjung pulang dari Amerika Syarikat dan seorang lelaki Myanmar berusia 26 tahun pulang dari Britain telah diuji positif.

    “Kami akan menyiasat semua orang yang mempunyai kontak rapat dengan kedua-dua lelaki berkenaan,” kata kenyataan.

    Pengumuman itu dengan serta-merta mencetuskan pembelian panik di salah sebuah pasar raya 24 jam di ibu negara komersial Yangon, di mana kehidupan adalah normal beberapa jam sebelum itu.

    Kerajaan Myanmar telah mendakwa ‘gaya hidup dan diet’ negara, termasuk kekurangan kontak fizikal dan penggunaan wang tunai, dan bukannya kad kredit, menawarkan perlindungan kepada negara. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda