Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar, China jalin kerjasama dalam agronomi

    YANGON, 24 Julai – Dua organisasi swasta Myanmar telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pembinaan CITIC China untuk melaksanakan projek pusat perkhidmatan agronomi, demikian menurut Agensi Berita Myanmar.

    MoU itu, yang melibatkan Persatuan Beras Myanmar dan Perbadanan Awam Myanmar Agronomi, telah ditandatangani di Nay Pyi Yaw pada hujung minggu.

    Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kadar pengeluaran setiap ekar, mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan pelaburan dalaman dan luaran dalam pengeluaran beras, pengilangan dan perdagangan dan untuk meningkatkan kualiti beras.

    Myanmar mengeksport pelbagai jenis beras Emata, beras Ngasein, beras melekit, beras padi dan beras pecah ke pasaran antarabangsa termasuk China, Kesatuan Eropah dan Afrika Selatan.

    Mengikut perangkaan, negara itu mengeksport sebanyak 700,000 tan beras pada bulan Jun 2017 hingga 2018.

    Pada tahun fiskal lepas (2016 hingga 2017), kira-kira 1.5 juta tan beras dieksport dengan 50 peratus dieksport ke negara tetangga China melalui pintu sempadan.

    Sementara itu, Kementerian Perdagangan Myanmar telah membenarkan syarikat-syarikat asing menjalankan perdagangan bekalan pertanian seperti baja, benih, racun perosak dan bekalan hospital. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda