Myanmar dakwa wartawan AS atas tuduhan hasutan, keganasan

YANGON, 10 NOV – Junta Myanmar telah mendakwa seorang wartawan Amerika Syarikat (AS) yang ditahan sejak Mei atas pertuduhan keganasan dan hasutan yang membawa hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan, kata peguamnya hari ini.

Danny Fenster, yang bekerja bagi media Frontier Myanmar sekitar setahun, telah ditangkap ketika cuba meninggalkan negara itu pada Mei lalu, dan ditahan di penjara Insein, Yangon sejak itu.

Fenster, 37, dibicarakan atas dakwaan menggalakkan perbezaan pendapat terhadap tentera, pertubuhan menyalahi undang-undang dan melanggar undang-undang imigresen.

Dakwaan tambahan di bawah undang-undang hasutan dan antikeganasan Myanmar yang dibuka ke atas Fenster akan membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Perbicaraan itu dijadualkan akan dimulakan pada 16 November.

“Dia kelihatan semakin kurus. Fenster ‘kecewa’ dengan tuduhan baharu itu, yang difailkan ke atasnya kelmarin,” kata peguamnya, Than Zaw Aung. – AFP