Thursday, April 18, 2024
24 C
Brunei

    -

    Myanmar hos mesyuarat serantau pertama sejak rampasan kuasa

    BANGKOK, 4 JULAI – Kerajaan tentera Myanmar hari ini menghoskan mesyuarat serantau peringkat tinggi pertama sejak tentera merampas kuasa tahun lalu bersama Menteri Luar China Wang Yi dan rakan-rakan sejawatan dari negara-negara Delta Mekong.

    Associated Press (AP) memetik penyiar kerajaan MRTV melaporkan bahawa Wang bertemu rakan-rakan sejawatannya dari Myanmar, Laos, Thailand, Kemboja dan Vietnam dalam mesyuarat kumpulan Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) yang diadakan di bawah tema ‘Perpaduan bagi Keamanan dan Kemakmuran’ di bandar tengah Bagan, tapak Warisan Dunia UNESCO.

    Laporan TV itu menunjukkan Wang dan menteri-menteri luar lain berlaga siku dalam menunjukkan perpaduan sebelum permulaan mesyuarat berkenaan.

    Sementara itu, Xinhua melaporkan pada mesyuarat itu, Wang mencadangkan enam bidang kerjasama bagi negara-negara LMC termasuk mengukuhkan panduan strategik, mengukuhkan integrasi ekonomi, meluaskan kerjasama pertanian, berpegang pada pembangunan hijau, merangsang kerjasama digital, dan meningkatkan pertukaran kebudayaan dan antara rakyat, demi membawa LMC ke tahap lebih tinggi.

    Wang mengumumkan bahawa China akan melaksanakan enam langkah yang akan memanfaatkan negara-negara di sepanjang Sungai Mekong. – AP/Xinhua

    Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Myanmar, U Wunna Maung Lwin di samping Mesyuarat Menteri-menteri Luar LMC di Bagan, Myanmar pada 3 Julai. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...