Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Myanmar ikrar akan laksana 5PC tahun ini

    HANOI, 2 OGOS – Ketua Tentera Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing berkata pada tahun ini beliau akan melaksanakan beberapa perkara dalam Konsensus Lima Perkara (5PC) yang dipersetujui dengan ASEAN untuk menamatkan krisis di negara itu. 

    Dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen tempatan, kelmarin, beliau berkata tahun ini, memandangkan semua situasi sedang menunjukkan perkembangan, perkara yang paling mungkin dalam 5PC akan dilaksanakan di bawah kerangka kerja ASEAN.

    Myanmar tidak dapat melaksanakan 5PC tahun lepas kerana keadaan “negara yang kurang stabil” sebahagiannya akibat COVID-19, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

    5PC untuk menangani  krisis Myanmar telah dipersetujui pada Mesyuarat Pemimpin ASEAN di Jakarta pada April 2021.

    Ia menyeru penamatan segera keganasan, mengadakan dialog dengan semua pihak berkepentingan utama, pelantikan utusan khas untuk memudahkan pengantaraan dan bagi delegasi melawat dan bertemu dengan pihak berkepentingan di Myanmar, dan membenarkan ASEAN memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Myanmar. – Bernama

    Imej daripada video oleh penyiar kerajaan MRTV menunjukkan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing menyampaikan ucapan yang disiarkan di televisyen tempatan pada Isnin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...