THE HAGUE, 21 FEB – Peguam bagi pemerintah tentera Myanmar hari ini meminta kes di Mahkamah Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa negara Asia Tenggara itu melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas etnik minoriti Rohingya untuk ditolak kerana kurang bidang kuasa.
Sesi pendengaran awam di Mahkamah Keadilan Antarabangsa diteruskan di tengah-tengah persoalan mengenai siapa sepatutnya mewakili Myanmar selepas pengambil alihan tentera tahun lalu.
Ahli politik yang tidak berkuasa dikenali sebagai Kerajaan Kesatuan Kebangsaan yang terdiri daripada wakil-wakil termasuk penggubal undang-undang yang dilantik namun dihalang daripada mengambil kerusi mereka oleh pihak tentera dan berkata ia sepatutnya mewakili Myanmar di mahkamah.
Tetapi sebaliknya, ia adalah pentadbiran yang dipilih oleh tentera. Pasukan undang-undang diketuai oleh Ko Ko Hlaing, menteri bagi kerjasama antarabangsa. Dia menggantikan pemimpin pro demokratik, Aung San Suu Kyi, yang memimpin pasukan undang-undang negara semasa sesi pendengaran kes sebelum ini pada 2019. – AP