Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Myanmar, Kemboja kesan kes pertama BA.4, BA.5

    YANGON/PHNOM PENH, 12 JULAI – Myanmar dan Kemboja telah mengesan kes pertama daripada subvarian yang mudah menular, BA.4, BA.5 Omicron.

    Menteri Kesihatan Myanmar mengesahkan enam kes pertama subvarian BA.4 dan BA.5. Satu sampel daripada pengembara pulang dari negara asing didapati dijangkiti BA.4 manakala lima lagi sampel dikesan mengandungi sampel BA.5 selepas sejumlah 16 sampel makmal orang pulang dari negara luar dikesan dijangkiti COVID pada saringan dibuat di Jabatan Penyelidikan Perubatan pada 30 Jun lalu.

    Semuanya merupakan warga Myanmar dan dalam keadaan baik, menurut kenyataan itu. Myanmar melaporkan 15 kes baharu COVID kelmarin, membawa jumlah keseluruhan kes di negara itu kepada 613,751, menurut angka dikeluarkan kementerian.

    Dalam pada itu, di Kemboja, dua subvarian Omicron itu dikesan dalam beberapa kes baharu sejak hujung bulan lalu, menurut kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.

    Subvarian itu merebak lebih pantas berbanding Omicron sebelum ini dan varian-varian lain, menurut kenyataan, menambah subvarian ini boleh dengan mudah mengelak imuniti dan melemahkan imuniti individu dijangkiti. – Xinhua

    Subvarian baharu Omicron yang mudah menular telah dikesan di Myanmar dan Kemboja.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...