Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Myanmar laksana latihan di luar pesisir Rakhine

    YANGON, 6 JULAI – Tentera laut Myanmar, cawangan perang tentera laut bagi angkatan bersenjata Myanmar, telah menjalankan latihan tentera laut di laut Myanmar di luar pesisir Negeri Rakhine, menurut akhbar milik tentera Myawady Daily hari ini.

    Latihan itu, Sea Sheild-2022, yang bermula pada Jumaat telah dijalankan dengan penglibatan kapal-kapal tentera laut termasuk dua kapal selam dan helikopter-helikopter, menurut akhbar itu.

    Latihan tentera itu bermatlamat untuk meningkatkan keupayaan tentera laut untuk melindungi kedaulatan dan wilayah negara itu, laporan itu menyatakan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...