Myanmar lapor 23 kes import

YANGON, 19 JUN – Sebanyak 23 kes import baharu COVID-19 dilaporkan di Myanmar pada pagi hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 286 kes, menurut data Kementerian Kesihatan dan Sukan, lapor agensi berita Xinhua.

Kes baharu itu membabitkan mereka yang dikuarantin sejurus tiba dari Thailand dan Malaysia, baru-baru ini.

Sehingga Jumaat pagi, sejumlah 56,726 sampel sudah diuji dan 5,623 pesakit sedang dipantau, kata kementerian itu.

Myanmar melaporkan dua kes pertama pada 23 Mac dan sehingga kini enam kematian dicatatkan. – Bernama