Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Myanmar lulus enam cadangan pelaburan baharu

    YANGON, 4 OKT – Suruhanjaya Pelaburan Myanmar telah meluluskan enam projek pelaburan baharu yang boleh mewujudkan lebih daripada 2,600 peluang pekerjaan tempatan, lapor agensi berita Myanmar yang dikendalikan kerajaan, kelmarin.

    Projek pelaburan yang baharu diluluskan itu merangkumi sektor tenaga, pembuatan, hotel dan pelancongan, dan media melaporkan bahawa projek tenaga boleh diperbaharui turut tersenarai dalam projek-projek yang diluluskan.

    Projek-projek tersebut akan melaburkan sejumlah AS$72.98 juta dan lebih 314.73 bilion kyat ke dalam negara, katanya, sambil menambah lapan perniagaan sedia ada juga dibenarkan mengembangkan modal.

    Menurut media yang dikendalikan oleh kerajaan, Singapura, China dan Thailand adalah tiga pelabur terbesar di Myanmar daripada 52 negara dan wilayah setakat Ogos tahun ini. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...