Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Myanmar: Menteri luar ASEAN saran tindakan lebih keras

    PHNOM PENH, 1 OGOS – Malaysia bersedia mengetuai desakan untuk tindakan lebih tegas ke atas Myanmar apabila menteri-menteri luar blok itu bersidang minggu ini, ketika kemarahan memuncak terhadap junta kerana tidak membantu usaha penyelesaian krisis.

    ASEAN, terdiri daripada 10 negara anggota yang menerajui usaha diplomatik namun belum berjaya memulihkan keamanan, minggu lalu menyelar hukuman mati dikenakan junta terhadap empat banduan politik.

    Mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN di Phnom Penh bermula Rabu ini dijangka menyuarakan kekecewaan terhadap kurangnya kemajuan dalam konsensus lima perkara ASEAN yang dipersetujui April tahun lalu untuk menghentikan keganasan dan mengadakan dialog antara junta dan pembantah rampasan kuasa.

    Selain menyuarakan ‘kebimbangan mendalam’ mengenai perkembangan terkini dan menggesa sekatan, para menteri juga dijangka menuntut ‘tindakan konkrit untuk melaksanakan Konsensus Lima Perkara secara berkesan dan menyeluruh,’ menurut draf kenyataan yang diperolehi AFP.

    Selepas lebih setahun rancangan itu tidak menampakkan kemajuan, Malaysia akan membentangkan rangka kerja untuk pelaksanaannya, walaupun pengkritik mengkritik ASEAN sebagai hanya bercakap saja.

    “Elemen utama rangka kerja mestilah ada pengakhirannya. Awda perlu mempunyai penamat, namun apakah penamatnya pada konsensus ini?,” kata Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah kepada AFP.

    Blok itu semakin kecewa selepas junta menghukum mati empat orang banduan politik meskipun rayuan peribadi dibuat pemimpin negara pengerusi ASEAN, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

    Antara empat yang dihukum mati ialah penyanyi rap yang juga ahli parlimen, Phyo Zeya Thaw dari parti Liga Demokratik Kebangsaan pimpinan Aung San Suu Kyi yang digulingkan dan aktivis politik veteran, Kyaw Min Yu atau lebih dikenali sebagai ‘Jimmy’.

    “Ia menunjukkan junta mempersendakan (konsensus),” tulis Saifuddin dalam akhbar pada hujung minggu. – AFP

    Perkhidmatan feri kelihatan mengangkut penumpang dan kenderaan di sepanjang Sungai Mekong di hadapan hotel Sokha yang akan menghoskan Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN (AMM) di Phnom Penh pada Rabu ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...