Saturday, January 25, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar pecat jeneral tertinggi

    YANGON, 26 Jun – Ketenteraan Myanmar berkata ia telah memecat seorang jeneral tertinggi yang namanya tersenarai dalam sekatan baharu Kesatuan Eropah (EU), di mana para pegawai yang dituduh terlibat dalam pencabulan serius hak asasi kemanusiaan dalam krisis Rohingya, termasuklah pembunuhan dan keganasan seksual.

    Myanmar dituduh melancarkan tindakan keras ke atas negeri Rakhine yang memaksa 700,000 orang melarikan diri, dalam satu tindakan yang dilabel oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kuasa-kuasa besar barat sebagai ‘pembersihan etnik’.

    Tetapi pihak ketenteraan berkata lewat semalam dalam halaman Facebook mereka, Mejar Jeneral Maung Maung Soe, bekas ketua pemerintah barat di Rakhine, telah ‘disingkirkan’ kerana prestasi teruk. Pengumuman itu dibuat selepas EU berkata dia adalah antara tujuh pegawai keselamatan yang dikenakan sekatan perjalanan dan pembekuan aset, tetapi Myanmar tidak mengaitkan pemecatannya dengan sekatan baharu itu.

    Dalam halaman Facebook, Maung Maung Soe kali pertama dilantik semula pada November lalu dan penyingkirannya dari jawatannya adalah untuk ‘memeriksa tanggung jawabnya ke atas kelemahannya sementara berusaha bagi kestabilan negeri Rakhine’.

    Maung Maung Soe juga sasaran sekatan Amerika Syarikat (AS) tahun lalu berhubung krisis Rohingya.

    Kenyataan itu menambah kata bahawa Leftenan Jeneral Aung Kyaw Zaw, pemerintah biro operasi khas yang juga dalam senarai EU, telah dibenarkan meletak jawatan pada Mei lalu kerana alasan kesihatan dan ‘kelemahan dalam melaksanakan tugas’.

    Kanada berkata semalam ia juga mengenakan sekatan ke atas tujuh orang yang sama yang nama mereka disenaraikan oleh Kesatuan Eropah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda