Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Myanmar, Rusia meterai pakatan bangun tenaga nuklear

    YANGON, 8 FEB – Kerajaan pimpinan tentera Myanmar yang bekerjasama dengan syarikat tenaga atom Rusia telah merasmikan pusat maklumat kuasa nuklear sebagai langkah ke arah membangunkan kuasa atom untuk memenuhi kekurangan tenaga di negara itu.

    Media kerajaan Myanmar melaporkan kelmarin bahawa ketua tentera, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, bertemu dengan Ketua Pengarah Perbadanan Tenaga Atom Negara Rusia (Rosatom), Alexey Evgenievich Likhachev.

    Para pegawai dari kedua-dua pihak bertemu di Pusat Maklumat Teknologi Nuklear yang baru dibuka di bandar terbesar Myanmar, Yangon, pada Isnin, menurut akhbar Global New Light of Myanmar milik kerajaan.

    Myanmar berharap untuk membina dan mengendalikan reaktor di bawah perjanjian awal antara Myanmar dan Rosatom yang ditandatangani pada 2015, menurut akhbar itu.

    Kedua-dua pihak menandatangani memorandum persefahaman di Moscow pada Julai mengenai tenaga nuklear, latihan dan promosi pemahaman awam tentang kuasa atom.

    “Dengan kerjasama Rosatom, Myanmar perlu meningkatkan sumber manusia yang berkaitan dengan pembinaan dan pengendalian Reaktor Modular Kecil di Myanmar dan melahirkan pakar yang berkelayakan bagi sektor masing-masing,” akhbar itu memetik Min Aung Hlaing sebagai berkata.

    “Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai penggunaan berkesan tenaga nuklear dalam sektor kesihatan dan pertanian termasuk pengeluaran elektrik dan kerjasama selanjutnya dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman,” menurut akhbar itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...