Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Myanmar sanjung pemandu teksi

    YANGON, 31 Jan – Seorang pemandu teksi Myanmar disanjung sebagai wira kebangsaan pada majlis pengebumiannya hari ini, dua hari selepas dia terbunuh ketika cuba menghalang lelaki bersenjata membunuh seorang peguam Islam terkemuka.

    Bapa tiga anak itu, Ne Win ditembak mati di luar lapangan terbang Yangon ketika dia mengejar seorang lelaki yang sebelum itu membunuh Ko Ni, penasihat undang-undang Aung San Suu Kyi, yang menurut partinya merupakan satu pembunuhan politik.

    Pembunuhan pada waktu siang dalam sebuah negara di mana pembunuhan politik adalah jarang, menyebabkan kegemparan di seluruh komuniti Islam Myanmar yang sudah pun tertindas dan Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Suu Kyi.

    Sanak saudara Ne Win, yang ditembak mati di luar lapangan terbang ketika cuba menghalang lelaki bersenjata yang membunuh peguam Islam, Ko Ni, memberi penghormatan kepadanya semasa pengebumiannya di Yangon. – AFP
    Sanak saudara Ne Win, yang ditembak mati di luar lapangan terbang ketika cuba menghalang lelaki bersenjata yang membunuh peguam Islam, Ko Ni, memberi penghormatan kepadanya semasa pengebumiannya di Yangon. – AFP

    Kesedihan menyelubungi majlis pengebumian itu apabila beratus-ratus orang berkabung memenuhi tanah perkuburan Yangon untuk mengebumukan Ne Win yang kerandanya ditutupi dengan bendera burung merak bersabung NLD yang terkenal.

    Isterinya yang kesedihan dikelilingi oleh orang berkabung, sami dan tokoh-tokoh NLD di hadapan keranda terbuka.

    “Dia cuba menangkap lelaki jahat itu tanpa memikirkan nyawanya sendiri,” veteran NLD, Tin Oo memberitahu orang berkabung. “Saya mewakili NLD, kuasa demokratik lain dan mereka yang mahukan keamanan, memuji Ne Win atas keberaniannya untuk negara.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda