Myanmar terus berdarah

YANGON, 5 MAC – Seorang penunjuk perasaan berusia 26 tahun, maut ditembak hari ini di Myanmar, satu lagi pertumpahan darah pada demonstrasi antirampasan ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bersedia bermesyuarat membincangkan krisis semakin memburuk itu.

Di sebalik tindakan ganas oleh pihak berkuasa tentera yang menyaksikan lebih 50 maut, pembantah masih terus memprotes di seluruh negara mengecam rampasan kuasa itu. Keganasan itu mencetuskan kecaman di seluruh dunia, dengan ketua hak asasi PBB menuntut junta ‘berhenti membunuh dan memenjarakan penunjuk perasaan,’ ketika Majlis Keselamatan sedia membincangkan krisis itu lewat hari ini.

Namun di sebalik tekanan meningkat antarabangsa, para jeneral tidak menunjukkan tanda-tanda mematuhi seruan untuk mengawal diri. – AFP

Penunjuk perasaan antirampasan memegang imej pemimpin diguling, Aung SanSuuKyi ketika mereka berhimpun di Mandalay, Myanmar, 5 Mac. –AP