N26 cecah rekod pembiayaan ‘fintech’

FRANKFURT AM MAIN, 11 Jan – Bank atas talian Jerman N26 berkata semalam ia telah mengumpul AS$300 juta untuk membiayai pelancarannya di Amerika Syarikat (AS), yang memberikan firma itu satu penilaian berjumlah AS$2.7 bilion.

Pengumpulan wang itu adalah yang terbesar untuk ‘fintech’ Jerman atau firma teknologi kewangan, lapor akhbar perniagaan Handelsblatt.

Ia juga menjadikan N26 ‘unikorn’ fintech pertama negara atau firma teknologi milik swasta bernilai lebih daripada AS$1 bilion.

“Suntikan wang tunai adalah jumlah yang besar terutama untuk benua Eropah,” kata David Rosskamp, pengasas bersama dana pelaburan yang berpangkalan di Berlin yang mensasarkan firma baru dan pelabur awal dalam N26.

Kebanyakan wang datang daripada firma modal AS Insight Venture Partners dan dana kekayaan Singapura GIC, kata bank salam satu kenyataan.

“Ia merupakan satu tanda keyakinan yang menunjukkan firma Eropah berjaya memujuk pelabur Amerika dan Asia tentang keupayaannya untuk membina operasi global,” kata Rosskamp.

Pelabur Hendrik Brandis memberitahu akhbar perniagaan Handelsblatt bahawa tindakan tersebut merupakan ‘satu sanjungan untuk industri fintech Jerman dan Eropah’.

N26 membenarkan pelanggan membuka satu akaun bank dalam ruang beberapa minit daripada telefon pintar atau komputer, menawarkan satu kad bank tanpa sebarang bayaran.

Seperti firma fintech yang sama, ia mengetepikan rangkaian cawangan pemberi pinjaman tradisional dan boleh mengenakan bayaran yang jauh lebih rendah hasil daripadanya.

Pakej itu setakat ini membantu ia mengumpul kira-kira 2.3 pelanggan di 24 negara Eropah dan berkembang kepada 700 pekerja.

Kini N26 berkata matlamatnya adalah untuk menjadi “bank peranti global pertama.”

Ia bertujuan melancarkan perbankan peranti di AS ‘pada separuh tahun pertama 2019’ dengan matlamat jangka panjang untuk mendapatkan lebih 100 juta pelanggan di seluruh dunia pada tahun-tahun akan datang. – AFP