Na, Kokrak rangkul kejuaraan QBE Shootout

MIAMI, 14 DIS – Kevin Na dan Jason Kokrak mengumpulkan 13 pukulan birdie dalam 12 bawah par 60 di pusingan akhir QBE Shootout untuk memenangi acara Jelajah PGA tidak rasmi dengan satu pukulan.

Malah melalui lima lubang, kedua-dua pemain AS itu menguasai padang kelab golf Tiburon di Naples, Florida.

Na melakukan pukulan birdie tujuh lubang berturut-turut ketika mereka mendahului dan Kokrak melakukan lima pukulan birdie pada enam lubang terakhir apabila mereka menamatkan dua pukulan di hadapan pemain Amerika Syarikat (AS), Billy Horschel dan Sam Burns.

Pemain Australia, Marc Leishman dan Jason Day, yang mendahului setiap satu daripada dua pusingan pertama, berpuas hati dengan kedudukan ketiga dengan Harris English dan Matt Kuchar – juara bertahan yang sedang memburu gelaran keempat dalam acara yang dianjurkan oleh Greg Norman.

“Kami bermula dengan teruk dan kami terus memberitahu diri kami terdapat banyak lubang birdie di luar sana serta terus memberi sokongan untuk satu sama lain,” kata Na.

“Saya mula membuat beberapa pukulan birdie dan kami semakin meningkat.”

Perjuangan Na dengan tujuh pukulan birdie berturut-turut bermula di lubang keenam termasuk satu dari pinggir pada lubang ketujuh dan satu chip-in pada lubang kesembilan.

Selepas pukulan birdie pada lubang ke-10, 11 dan 12 meletakkan mereka di hadapan, tiba masa untuk giliran Kokrak pula.

Selepas pukulan birdie berturut-turut pada lubang ke-13 dan 14, Kokrak memperoleh pukulan birdie pada lubang ke-16 dan 17. Yang penting, selepas Na terlepas peluang untuk percubaan pukulan birdie pada lubang ke-18, Kokrak berjaya meraih pukulan birdie dan memberi mereka dua pukulan cushion. – AFP

Pemain AS, Jason Kokrak dan Kevin Na meraikan kemenangan bersama piala pada lubang ke-18 pada 12 Disember. – AFP