LOS ANGELES, 14 JAN – Juara bertahan, Kevin Na telah menyamakan rekod pusingan terendah dalam kariernya dengan sembilan-bawah-par 61 kelmarin untuk mendahului dalam Jelajah Terbuka Sony PGA AS di Hawaii.
Na berhadapan dengan kekecewaan pada pusingan ke-13 sub-60 dalam Jelajah tersebut dan pemain kelahiran Amerika-Korea Selatan itu merasa sedikit hampa kerana dia tidak berjaya membuat pukulan lebih baik.
“Saya telah melakukan yang terbaik hari ini dan prestasi permainan sangat menakjubkan,” kata Na. “Saya mempunyai peluang untuk 59. Saya telah memberikan yang termampu.
“Saya merasa sedikit kecewa pukulan saya tidak masuk, beberapa pukulan bagus tidak termasuk. Tetapi ia masih pusingan yang terbaik.”
Na mendahului satu pukulan di hadapan Jim Furyk dan Russel Henles selepas pusingan pertama.
Furyk, pemain yang mendapat dua sub-60 dalam pusingan Jelajah dengan 59 dan 58 dalam rekodnya, nyaris saja berjaya dalam par-tiga ke-17 dalam percubaannya memukul 62 di Waialae Country Club, Honolulu.
Pemain Amerika Syarikat berusia 51 tahun telah menetapkan sasarannya awal dan menyertai lapan-bawah Henley, yang telah memukul lapan birdies.
Na, seperti Henley, menikmati perlawanan petang dengan baik dan melepasi sembilan hadapan dengan empat birdie sebelum dia membuat pukulan eagle enam kaki pada pukulan kesembilan.
Selepas pukulan birdies di lubang ke-10 dan ke-12 telah mendorong dia untuk membuat lapan-bawah yang kelihatan seperti 59 mungkin berada dalam genggamannya.
Tetapi Na melihat pukulan birdie 17-kaki itu tersasar pada lubang ke-16, terpaksa menyelamatkan par daripada bunker ke lubang ke-17 sebelum melepaskan pukulan enam-kaki birdie di par-lima ke-18 untuk mendahului.
Dia mengatasi Furyk, yang mendapati dirinya dalam perlawanan lebih daripada suku abad selepas memenangi gelaran di Waialae pada tahun 1996. – AFP