Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Nabil Ahmad gembira dapat sedekah hari Jumaat

    Baik sungguh hati pelawak dan penyampai radio Nabil Ahmad yang tidak lokek mengeluarkan wang sendiri sebanyak RM3,000 untuk membeli minuman dan bekas tumbler di sebuah kafe buat rakan-rakan sekerjanya di stesen radio.

    Dalam sebuah video yang dikongsi di Instagram, Nabil bersama beberapa rakan lain dilihat singgah ke sebuah kafe popular ketika dalam perjalanan bersempena program Touera 2022 di Kedah Darul Aman.

    Menerusi ruang komen video tersebut, ramai mendoakan agar Nabil terus dilimpahkan rezeki yang bermanfaat di masa akan datang.

    “Semoga Nabil sentiasa dimurahkan rezeki selalu.

    “Alhamdulillah Nabil bersedekah di hari Jumaat yang mulia ini. Semoga tempat awda tertinggi suatu hari nanti.

    “Dia percaya pada rezeki Allah, Insya-Allah akan semakin bertambah,” komen warganet. – Agensi

    Rata-rata warganet mendoakan rezeki Nabil Ahmad sentiasa melimpah ruah di masa akan datang. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...