Nabil Ridhwan dipilih sebagai presiden MPPUTB

Gambar serahan UTB

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Awang Nabil Ridhwan bin Suhili @ Suhaili telah diundi sebagai presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Brunei (UTB) bagi tahun 2021/2022 semasa sesi pemilihan presiden yang diadakan di Dewan Kuliah 2, Kompleks Perpustakaan UTB, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang dihoskan oleh MPPUTB 2020/2021 dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar itu ialah Naib Canselor UTB, Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

Pegawai-pegawai utama, kakitangan dan pelajar universiti turut hadir dan membuang undi pada sesi berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan UTB, pemilihan bermula dengan pembentangan daripada empat calon presiden iaitu Dayangku Nursyarah Waznah binti Pengiran Haji Suhaili, Awang

Nabil Safwan bin Suhili @ Suhaili, Dayang Nur Syifaa Adawiyah binti Ismail dan Awang Nabil Ridhwan yang akhir-nya dilantik sebagai presiden.

Calon-calon bercakap mengenai pelan-pelan strategik mereka dalam mencapai para pelajar dan cara untuk menyelesaikan isu-isu yang diberikan. Pembentangan diikuti dengan sesi soal jawab dan diakhiri dengan pembuangan undi oleh hadirin secara dalam
talian.

Menurut UTB, 35 orang pelajar telah mendaftar untuk menjadi ahli MPPUTB dan calon-calon yang disenarai pendek ditapis bagi kepimpinan, komitmen dan dedikasi mereka, kemahiran interpersonal dan pengetahuan menerusi ujian bertulis, temu duga dan Kem
Orientasi MPP.

Awang Nabil Ridhwan ketika menyampaikan ucapannya.
Pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai barangan pada harga promosi yang ditawarkan sempena acara cabutan bertuah yang diadakan secara dalam talian kelmarin.