Nabil sayu tidak dapat dengar doa ibu

Pelawak Nabil Ahmad menyifatkan sambutan Aidilfitri tahun ini disambut dalam suasana paling luar biasa.

Kata Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 37, dia berasa hiba kerana tidak dapat meraikan hari kemenangan bagi umat Islam bersama kedua-ibu bapanya.

“Nasib baik ada anak isteri bersama dan keluarga mertua di Klang. Tapi perasaan sedih tetap ada sebab belum pernah lagi beraya tanpa mak dan ayah di Seremban.

“Malah Ramadan kali ini pun tak dapat berbuka dengan mereka. Ini kali pertama dalam sejarah hidup saya tak dapat berbuka dengan mak.

“Tapi apa kita boleh buat? Ini ujian untuk semua, kena banyak bersabar kerana pasti ada hikmah. Pasti ada yang manis menanti kelak, ” kata Nabil. – Agensi

Nabil Ahmad berasa hiba kerana tidak dapat meraikan hari kemenangan bagi umat Islam bersama kedua-ibu bapanya. – Agensi