Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Nabil sebak mangsa banjir kelaparan

    Insiden tingkap kenderaan diketuk mangsa banjir yang kelaparan ketika menyertai misi bantuan sekitar Hulu Langat, Selangor tidak mampu dilupakan pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad sampai bila-bila.

    Berpeluang melihat depan mata keadaan kawasan yang ditimpa musibah, Nabil gagal membendung air mata, malah, timbul keinsafan dalam diri dengan kekuasaan Allah.

    Melihat kanak-kanak yang terpaksa duduk di luar rumah, hati Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada 2009 itu bertambah sayu.

    Menceritakan insiden yang tidak mampu dilupakan, Nabil berkata, dia dan rakan-rakannya dalam perjalanan menghantar makanan tersentak apabila tingkap kereta diketuk ketika kenderaan berhenti akibat kesesakan lalu lintas.

    “Ketika sedang melintasi satu kawasan perumahan, kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki diketuk mangsa banjir. Apabila membuka tingkap, mereka terkejut melihat saya.

    Nabil gagal membendung air mata melihat penderitaan mangsa banjir – Agensi

    “Seorang lelaki bertanya adakah kami mempunyai bekalan makanan yang boleh dimakan segera kerana penduduk sudah kelaparan akibat tidak menjamah sebarang makanan sejak semalaman.

    “Secara kebetulan, kami membawa 400 bungkus nasi untuk dihantar ke kawasan lain. Namun, disebabkan tidak sampai hati melihat keadaan lelaki berkenaan, kami singgah di taman perumahannya untuk mengagihkan makanan.

    “Di situ, ada kira-kira 60 rumah yang belum mendapat apa-apa bantuan,” katanya kepada media.

    Pengacara program Gegar Vaganza dan MeleTOP itu berkata, sebelum ini, salah seorang sahabatnya menerima pesanan dari aplikasi WhatsApp daripada penduduk taman perumahan yang terletak di Hulu Langat yang mengadu bantuan tidak sampai disebabkan kedudukan rumah jauh ke dalam.

    “Mereka mengadu kehabisan susu, lampin pakai buang, malah duit pun tiada untuk membeli barang keperluan. Ketika sampai, pasukan kami diserbu.

    “Mangsa banjir berebut-rebut mengambil barang. Melihatkan keadaan ini hati saya sangat sedih, tidak dapat dibayangkan sekiranya berlaku kepada ahli keluarga saya.

    “Pada masa sama, ia pengalaman yang menginsafkan. Saya teringat potongan ayat dalam Al-Quran dan pesanan disampaikan Nabi Muhammad SAW yang kini satu persatu mula berlaku.

    “Ada kalanya saya terfikir adakah masanya sudah tiba,” katanya.

    Namun, katanya, hati bertambah sayu melihat kanak-kanak berada di luar rumah selepas rumah ditenggelami lumpur.

    Melihat teman yang dikenali sebagai Talha yang cukup tabah berdepan ujian, meskipun kini tinggal sehelai sepinggang Nabil amat mengaguminya. Katanya, sahabatnya itu bukan sahaja masih mampu mengukir senyuman, malah sempat menghulurkan tenaga membantu mangsa lain yang terjejas akibat banjir. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...