Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Nabila Huda dituntut bayar RM900,000 serta mohon maaf

    Susulan tindakan pelakon Nabil Huda mendakwa seorang wanita menyalahgunakan barang-barang mangsa banjir, aktivis kemanusiaan, Fatimah Zaharah Rahim akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon itu.

    Peguam Nurul Hafidzah Hassan dalam satu kenyataan berkata, anak guamnya menuntut permohonan maaf dan ganti rugi fitnah sebanyak RM900,000.

    “Anak guam kami tidak melakukan perbuatan seperi mana yang didakwa Nabila. Tindakan pelakon itu membuat berita palsu telah membuatkan ramai pengguna media sosial percaya dan memberi kesan kepada Fatimah,” ujarnya kepada mStar. Menurut Hafidzah, notis tuntutan telah dihantar ke Nabila pada Khamis lalu.

    Sementara itu, Hafidzah berkata Fatimah mengalami perasaan malu, tekanan emosi dan kesedihan sejak berita itu disebarkan.

    Anak guamnya akan memfailkan tuntutan mahkamah sekiranya tiada sebarang permohonan maaf, pembayaran ganti rugi RM900,000 atau yang setimpal.

    Pada 25 Disember lalu, Nabila berkongsi hantaran di media sosial mendakwa Fatimah mengambil kesempatan terhadap bantuan mangsa banjir untuk orang ramai.

    Nabila Huda didakwa telah menyiarkan kenyataan-kenyataan berbaur fitnah yang membawa maksud yang aktivis tersebut adalah seorang yang mengambil dan memberi barang sumbangan orang lain namun mengakui barangan tersebut adalah daripadanya, mengambil kesempatan ke atas orang lain dan lain-lain kenyataan.

    Pada tarikh yang sama, Nabila Huda juga didakwa telah memuat naik gambar aktivis dan menerbitkan satu penyiaran yang mana kenyataan-kenyataan tersebut membawa maksud yang aktivis tersebut telah memberi barang sumbangan yang bukan miliknya namun menyatakan bahawa barang sumbangan tersebut adalah daripada beliau dan mengambil kesempatan ke atas orang lain. – Agensi

    Nabila dituntut mohon maaf dalam masa tujuh hari. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...