Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Nabila Huda sedia timang zuriat kedua

    Pelakon versatil, Nabila Huda, 38, sudah bersedia memiliki cahaya mata kedua selepas anak perempuannya, Keisha Laila, 13, hasil perkahwinan pertama dengan Zaidy Zailani pada 2008.

    Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata, dia sudah bersedia pada bila-bila masa untuk memiliki anak kedua.

    Katanya, dia dan suami, Mohd Izwan Johar sudah cuba pelbagai cara, namun rezeki masih belum berpihak kepada mereka apatah lagi suaminya itu antara individu yang sentiasa positif dan menjadi penguat semangat untuk dirinya.

    “Sudah tentu saya mahu ada anak kedua cuma tidak ada rezeki.

    “Tetapi, macam suami saya cakap, ‘kenapa awak mahu bersedih kerana benda yang tak pasti? Ada atau tidak, saya tetap sayang awak juga’.

    Nabila Huda sudah bersedia pada bila-bila masa untuk memiliki anak kedua.- Agensi

    “Sebagai wanita, pastinya saya akan terasa. Sebab saya berkahwin lelaki bujang sudah tujuh tahun, tetapi tiada zuriat lagi.

    “Tetapi, saya okay, malah suami pun melarang saya untuk berasa tertekan dan fikir sangat pasal benda itu,” katanya.

    Dalam pada itu, Abil memaklumkan pernah terfikir untuk melakukan proses rawatan In vitro fertilisation (IVF), bagaimanapun dihalang oleh suaminya.

    “Saya pernah cakap dengan suami supaya kami ambil rawatan IVF, tetapi dia kata tidak perlu.

    “Kenapa nak paksa-paksa macam awak paksa dan buat-buat benda itu. Sebab soal anak, Allah lebih mengetahui.

    “Suami kata, satu hari nanti mesti ada, kita berdoa sahaja dan masa itu, saya cakap, okaylah! Kita ikut perancangan Allah sahaja,” jelasnya.

    Meskipun usia perkahwinan sudah menginjak tujuh tahun, namun teraju utama drama Alternatif yang bakal disiarkan di saluran Viu ini memaklumkan, dia tidak pernah berasa bersalah dengan keadaan, sebaliknya cuba menerima dengan positif takdir dan ketentuan Tuhan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...