Tuesday, December 3, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nabila jadi berani sejak mengandung

    Fasa hamil membuatkan pelakon Nabila Razali mengidam untuk melakukan pelbagai perkara di luar kebiasaannya.

    Menurut Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, antara perubahan ketara apabila dia kini gemar menonton filem bergenre seram walaupun dirinya seorang yang penakut.

    “Mungkin anak damit ini pun ada teringin dia juga, tapi apa yang dia teringin itu kontra dengan apa yang saya buat sebelum ini.

    “Kalau macam sekarang ini, saya suka sangat tengok cerita hantu padahal saya seorang yang penakut.

    “Saya memang tak tengok cerita hantu sebelum ini, tetapi sejak mengandung saya boleh tengok sepanjang hari,” katanya yang dikongsi mStar.

    Nabila semakin gemar menonton filem seram meskipun menyedari dirinya seorang penakut. – HMetro

    Nabila berkongsi perkara itu menerusi sesi podcast Buka Mulut di Instagram MyAudioPlus.

    Selain itu, Nabila turut memberitahu dia semakin tertarik menggayakan pakaian harian berwarna merah sejak berbadan dua.

    Jelasnya, merah bukanlah warna kegemarannya sebelum ini memandangkan dia lebih meminati rona lembut dan gelap.

    “Ada banyak perubahan saya rasakan, tiba-tiba saya pakai warna merah walaupun saya bukan peminat warna tersebut.

    “Saya ni suka warna yang neutral, saya tak akan pakai warna merah melainkan tuntutan kerja. Dalam almari saya tak ada pun warna merah itu,” ujarnya.

    Tidak pernah mengidam perkara pelik, Nabila mengakui dia teringin untuk merasai pengalaman tersebut semata-mata mahu melihat permintaannya ditunaikan suami.

    “Saya selalu tertanya macam mana orang boleh mengidam pelik-pelik. Ada yang nak makan sampai ke Sarawaklah, nak beli itu beli ini.

    “Saya pun teringin juga begitu, sekurang-kurangnya adalah benda yang boleh diminta pada suami,” ujarnya.

    Pada 4 Oktober lalu, Nabila mengumumkan sedang hamil anak sulung yang dijangka dilahirkan pada awal Januari ini.

    Untuk rekod, Nabila dan usahawan Nik Iruwan Nik Izzani berkahwin pada 18 November tahun lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda