Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Nabila pilih lagu baharu sesuai vokal

    Biarpun sudah hampir dua tahun kejadian terkucil di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 berlalu, penyanyi, Nabila Razali mengakui masih dihantui trauma walaupun tidak seteruk dahulu.

    Kongsi Nabila, dia lebih berhati-hati, terutama dalam memilih single baharu dan terus memperbaiki kualiti nyanyian dengan menyertai beberapa kelas vokal walaupun dalam kesibukan kerja harian.

    “Saya memang kuat gementar. Kalau show biasa pun gementar, apatah lagi persembahan skala besar. Selepas kejadian tersebut, saya lebih berhati-hati, tetapi saya jadi semakin gemuruh.

    “Saya tidak boleh tipu, malah pandangan orang sentiasa bermain di fikiran. Saya risau vokal tidak sampai dan macam-macam lagi. Tapi saya tetap terima kritikan dan sehingga sekarang masih belajar memperbaiki vokal dan nyanyian. Trauma masih ada, cuma tidak seteruk dulu.

    “Cuma sekarang, apabila pilih lagu baharu, kita lebih teliti dan mencari yang sesuai kemampuan vokal. Bukan sekadar terima, tetapi saya turut serta dan ambil tahu dari awal proses pembikinan sehingga pelancaran single tersebut,” ujarnya.

    Nabila berkata demikian ketika majlis pelancaran single baharu, Aku Terluka yang menyaksikan kolaborasi pertamanya dengan komposer Amylea Azizan, bergandingan dengan MFMF.

    Dalam pada itu, Nabila menjelaskan, dia tidak pernah berniat untuk mencipta gimik atau kontroversi apabila memadam semua gambar di Instagram dan hanya memuat naik hantaran foto bersama seorang lelaki yang disorokkan identiti.

    “Kalau cakap pasal gimik, saya rasa ada segelintir warganet keliru. Ada beza gimik dan teaser. Apa yang saya muat naik adalah teaser lagu Aku Terluka. Sekadar untuk buat orang tertanya-tanya tanpa mencipta kontroversi. – Agensi

    Nabila Razali mengakui masih dihantui trauma walaupun tidak seteruk dahulu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...