Sunday, December 10, 2023
29.1 C
Brunei

    -

    Nabila Razali kahwin dengan ahli perniagaan

    Penyanyi dan pelakon Malaysia, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada usahawan Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 10:11 pagi kelmarin.

    Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.

    Memetik dari mStar, pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Fawwaz.

    Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50 sementara wang hantaran dirahsiakan.

    Meluahkan rasa syukur kini sudah bergelar isteri, Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan urusan hari bahagianya itu.

    “Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

    “Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya.

    Majlis dihadiri kira-kira 250 orang itu bertemakan English Wedding.

    Pasangan itu telah diraikan dalam satu majlis resepsi di tempat sama pada sebelah petang.

    Antara selebriti Malaysia yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman dan Hael Husaini. – Agensi

    Nabila Razali telah berkahwin dengan usahawan Malaysia, Nik Iruwan. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Hong Kong adakan pilihan raya majlis pertama di bawah peraturan baharu

    HONG KONG, 10 DIS - Penduduk pergi mengundi pada hari ini dalam pilihan raya majlis daerah pertama Hong Kong sejak rombakan pilihan raya dilaksanakan...