Nad Zainal geram diganggu nombor tidak dikenali

Tular di media sosial milik pelakon jelita Nad Zainal, yang mana aktres ini berkongsi bahawa dirinya diganggu dengan panggilan nombor telefon yang tidak dikenali.

Berdasarkan perkongsian Nad Zainal di Instagramnya, bintang drama bersiri Takdir Yang Tertulis ini mengatakan dirinya sedang sibuk mengurus anak dan terpaksa berlari untuk mencapai telefon waktu menerima panggilan tidak dikenali tersebut.

Namun apa yang mengecewakan adalah, setelah mengangkat dua kali panggilan telefon dari nombor yang sama individu yang menelefon menjawab salah nombor.

Ketika aktres ini mengangkat panggilan dari nombor tersebut, dirinya mendengar bunyi seperti di pejabat kerana kedengaran bunyi mesin faks yang mencari individu bernama Nurliyana binti Ahmad dan mengesyaki panggilan tersebut mungkin dari scammer.

“Perhatian! Dari semalam nombor ni hubungi saya….Kedengaran macam bunyi di pejabat….Siap ada bunyi mesin faks…. Mencari Nurliyana binti Ahmad.. Masalahnya bila jawab salah number, dia terus letak. Suspicious sangat. Pagi tadi telefon lagi.. Nombor apa ni? Bila telefon semula tak dapat… Kepada akak yan dah dua kali telefon saya tu.. Ucapan maaf.. Tak mahal kak.. Terus letak.. Akak tahu tak saya berlari bergegas demi akak.. Capai telefon walau anak tengah cranky.. (Laa emo). Adakah awda scammer?? Wallahualam” luahnya

Melihat hantaran pelakon berbakat di Instagram, ramai peminatnya menyarankan aktres tersebut menyekat nombor panggilan tersebut dan memuatnaik aplikasi Truecaller sebagai langkah berjaga-jaga dari scammer.

Melihat ada yang memberi komen supaya menyekat nombor telefon yang tidak dikenali, aktres ini memberi komen dengan menjelaskan dirinya tidak berbuat demikian kerana khuatir jika nombor yang diterima berkaitan dengan soal kerja. Pelakon jelita ini berharap selepas ini dirinya tidak akan menerima panggilan seperti itu lagi. – Agensi

Nad Zainal berkongsi dirinya diganggu dengan panggilan nombor telefon yang tidak dikenali. – Agensi