ROM, 16 MEI – Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic kelmarin bertarung untuk menewaskan pemain Itali, Lorenzo Sonego untuk bertemu pemenang sembilan kali Rafael Nadal buat kali keenam di aksi final Terbuka Itali.
Juara bertahan, Djokovic mencatatkan kemenangan 6-3, 6-7 (5/7), 6-2 dalam masa dua jam dan 44 minit mentang pemain ranking ke-33 dari Itali selepas pemain pilihan kedua terdahulu menyingkirkan lawan dari Amerika Syarikat, Reilly Opelka 6-4, 6-4.
Djokovic sebelum ini berjaya mengelak dari pertemuan tiga set menentang pemain Greece, Stefanos Tsitsipas dalam pertemuan di suku akhir.
Juara lima kali di Rom ketika itu mengejar kedudukan 6-4, 2-1 apabila perlawanan dihentikan semalaman.
Tetapi pemain berusia 33 tahun kembali memenangi pertemuan 4-6, 7-5, 7-5 selepas lebih daripada tiga jam suku perlawanan berlangsung.
Djokovic dan Nadal, yang akan bertemu buat kali ke-57, kali terakhir adalah di Terbuka Perancis peringkat final yang mana pemain Sepanyol ketika itu memenangi pertemuan dengan straight set.
Kedua-dua pemain tersebut telah memenangi 14 daripada 16 kejuaraan Rom di antara mereka, sementara Nadal mendahului dalam pertemuan di final di ibu kota Itali dengan 3-2. – AFP
