Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadal bangkit tewaskan Raonic

    MELBOURNE, 25 Jan – Satu kebangkitan Rafael Nadal telah menewaskan Milos Raonic bagi mara ke separuh akhir Grand Slam pertamanya dalam tempoh tiga tahun di Terbuka Australia hari ini.

    Nadal tidak beraksi dalam separuh akhir utama sejak dia memenangi kejuaraan ke-14 Grand Slam terakhirnya di Terbuka Perancis 2014, tetapi dia kelihatan tidak mudah mengalah kepada Raonic, yang merupakan pemain nombor tiga dunia.

    Nadal berteriak kegembiraan apabila dia melengkapkan kemenangan 6-4, 7-6 (9/7), 6-4 yang menempah tiket pertembungan separuh akhir menentang Grigor Dimitrov, dengan musuh lama Roger Federer berpotensi menanti di final.

    “Meskipun saya mempunyai kerjaya yang bagus sebelum ini, saya juga mempunyai beberapa saat sukar,” kata Nadal, yang bergelut dengan kecederaan pada tahun lepas dan gagal mencapai mana-mana suku akhir Grand Slam.

    Reaksi Rafael Nadal selepas menewaskan jaguh tenis Kanada, Milos Raonic dalam perlawanan suku akhir Terbuka Australia di Melbourne, Australia hari ini. - AP
    Reaksi Rafael Nadal selepas menewaskan jaguh tenis Kanada, Milos Raonic dalam perlawanan suku akhir Terbuka Australia di Melbourne, Australia hari ini. – AP

    “Itu menjadikan saya lebih gembira.”

    Nadal yang mempunyai rekod pertembungan 7-1 dengan Dimitrov, jaguh Bulgaria pilihan ke-15 yang digelar sebagai ‘Baby Fed’ kerana gaya permainannya serupa dengan Federer.

    Federer pula akan bertemu dengan rakan senegaranya, Stan Wawrinka dalam separuh akhir esok dengan prospek final kesembilan Grand Slam menentang Nadal, dan yang pertama sejak Terbuka Perancis 2011. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda