Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Nadal benam Hanfmann mara pusingan ketiga

    MELBOURNE, 19 JAN – Rafael Nadal memerlukan lima mata perlawanan sebelum menyingkirkan pemain kelayakan dari Jerman, Yannick Hanfmann di Terbuka Australia hari ini dan meneruskan dalam mencapai matlamatnya merangkul gelaran juara Grand Slam ke-21.

    Pemain nombor lima dunia berasal dari Sepanyol itu telah menguasai perlawanan dengan kemenangan 6-2, 6-3, 6-4 dalam tempoh dua jam dan 42 minit bermain dalam kondisi panas di Rod Laver Arena untuk mara ke pusingan ketiga.

    “Dia ialah seorang pemain yang handal, memberikan servis terbaik dan berpotensi tinggi,” kata Nadal mengenai pemain ranking ke-126 itu, yang telah memberinya cabaran, berbeza yang ditunjukkan melalui mata tersebut.

    Perlawanan seterusnya untuk Nadal ialah pemain pilihan Rusia ke-28, Karen Khachanov atau pemain Perancis, Benjamin Bonzi.

    Nadal, dengan dua service break, memenangi set pembukaan itu selepas 48 minit melalui pukulan kilas ke penjuru gelanggang.

    Pemain Sepanyol itu berterusan membuat Hanfmann bergerak di seluruh gelanggang dan berjaya membuat service break dengan pukulan kilas kepada 5-3 dan berhasil mendahului dalam dua set perlawanan.

    Satu lagi service break membawa Nadal mara ke set ketiga tetapi dia memerlukan lima mata perlawanan untuk menamatkannya.

    Rekod 5-0 pada 2022 adalah permulaan yang kuat selepas mengalami kecederaan tahun lalu, tetapi dia terpaksa berdepan dengan pemain 60 teratas dalam tahun baharu ini.

    Nadal, satu-satunya juara Terbuka Australia dalam undian lelaki selepas juara sembilan kali, Novak Djokovic disingkirkan pada malam kejohanan, bersaing dengan Djokovic dan Roger Federer untuk meraih rekod juara Slam ke-21 lelaki.

    Nadal, musim 2021nya berakhir lebih awal pada Ogos lalu kerana kecederaan pada kaki kirinya sebelum dijangkiti COVID-19 pada Disember. – AFP

    Aksi Rafael Nadal membuat pukulan ketika menentang Yannick Hanfmann dari Jerman semasa perlawanan pusingan kedua mereka di kejohanan Terbuka Australia di Melbourne, Australia, 19 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...