MONTREAL, 8 Ogos – Rafael Nadal berkata dia akan memberikan tumpuan ke atas pesaing di depannya pada pertandingan ATP Montreal Masters minggu ini, dan bukan dengan peluang yang ada untuk kembali ke kedudukan nombor satu dunia.
Kemaraan ke separuh akhir di Montreal akan menyaksikan pemain dari Sepanyol itu mengambil tempat Andy Murray dari Britain di ranking teratas.
“Saya tidak memikirkannya buat masa sekarang,” kata Nadal mengenai kedudukan nombor satu itu. “Saya cuba untuk mempunyai persediaan yang tepat sekarang dan hanya itu.
“Saya akan terus cuba untuk beraksi dengan cara yang saya lakukan pada bahagian pertama musim ini, jadi jika saya mampu untuk memastikannya berlaku, saya berharap untuk berpeluang untuk melakukan dengan baik.”
Pilihan utama itu dijangka akan memulakan kempennya bagi gelaran Kanada keempat esok dengan pertemuan pusingan kedua menentang sama ada Borna Coric dari Croatia atau Mikhail Youzhny dari Rusia.
Nadal juga dalam laluan bagi persaingan pusingan ketiga menentang pemain tangga kedua 2009, Juan Martin del Potro yang menewaskan John Isner dari AS dalam kemenangan straight set 7-5, 7-5 semalam.
Murray adalah diantara pemain yang tidak hadir dari persediaan Terbuka AS yang penting. Novak Djokovic berehat pada selebihnya musim ini untuk memulihkan kecederaan sikunya dan juara Terbuka AS, Stan Wawrinka menamatkan kempen 2017 dengan kecederaan lutut.
Murray cuba untuk pulih dari kecederaan pinggul bagi Grand Slam terakhir musim ini yang bermula lewat bulan ini di Flushing Meadows.
Nadal memenangi gelaran Terbuka Perancis ke-10 tahun ini tetapi tewas dalam pusingan keempat di Wimbledon penyingkiran kelimanya sebelum suku akhir dalam lima kemunculan terakhirnya dalam pertandingan All England Club.
Roger Federer, yang memenangi gelaran Grand Slam ke-19 di Wimbledon, juga akan memulakan persaingannya esok. – AFP