Nadal fokus Terbuka Australia

MELBOURNE, 21 JAN – Rafael Nadal kini memberi tumpuan ke perlawanan seterusnya dan memikirkan mengenai sesi latihannya serta cuba untuk terus bermain dengan baik setelah kemenangan berturut-turutnya di Terbuka Australia di pusingan pertama.

Nada menolak kenyataan yang sedang bermain difikirannya iaitu nombor 20 – yang bermaksud Roger Federer yang memegang rekod kejohanan Grand Slam sebanyak 20 kali, di mana Nadal juga berpeluang untuk menyamakan rekod tersebut apabila beliau boleh memenangi piala Terbuka Australia ini di Melbourne Park.

“Saya tidak menghiraukan sama ada 20 atau 15 atau 16. Saya hanya fokus untuk mencuba untuk terus bermain, menikmati karier saya bermain tenis. Dua puluh bukan nombor yang saya perlu capai. Tetapi jika saya mencapai ke-20, ia menakjubkan,” jelas Nada kelmarin.

“Jika saya mencapai ke-21, lebih baik. tetapi kini saya kekal dengan 19? Cukup mengembirakan saya setelah berusaha di sepanjang karier saya, tidak?” tambahnya lagi.

Kemenangannya menentang Hugo Dellien 6-2, 6-3, 6-0 memudahkan beliau untuk mara ke pusingan seterusnya.

Nadal yang sudah berusia 33 tahun pernah menjadi pemain nombor satu dunia di sejarah ATP dengan memiliki 19 kejuaraan tetapi hanya memenangi sekali sahaja di Australia pada 11 tahun lalu.

Beliau telah meraih 12 kejuaraan di Terbuka Perancis, empat di Terbuka AS dan dua lagi di Wimbledon.

“Saya menjuarai Terbuka AS beberapa bulan yang lalu dan saya cukup gembira. Tetapi adakah hari ini saya lebih gembira jikalau saya tidak menang di Terbuka AS? Sudah pasti tidak. Nadal berkata sambil ketawa. “Satu-satunya perkara saya boleh lakukan ialah terus berusaha dan terus mengekalkan rentak permainan saya sebaik mungkin. Selebihnya kita akan saksikan nanti.” – AP

Aksi Rafael Nadal ketika perlawanan pusingan pertama Kejohanan Terbuka Australia menentang Hugo Dellien pada 21 Januari 2020. – AP