Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Nadal hasrat tamatkan karier pada 2024

    BARCELONA, 19 SEPT – Bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal menekankan baru-baru ini bahawa matlamatnya adalah untuk menamatkan kariernya pada 2024, sementara mengakui dia telah menjalani dua pembedahan untuk pulih daripada kecederaan pinggulnya.

    “Saya mengatakan bahawa mungkin 2024 adalah tahun terakhir saya, saya kekalkan pendirian itu, tetapi saya tidak boleh mengesahkannya 100 peratus kerana saya tidak tahu,” kata Nadal kepada Movistar.

    Pemain berusia 37 tahun itu mengumumkan pada Mei bahawa kecederaan pinggul yang dialaminya di Terbuka Australia pada Januari bermakna dia terpaksa meninggalkan sukan itu untuk mencuba bangkit lebih kuat.

    Nadal, pemenang Grand Slam sebanyak 22 kali, mengulangi pada Isnin bahawa dia ‘ingin bermain semula dan menjadi lebih kompetitif lagi’.

    “Harapan saya bukan untuk kembali memenangi Roland Garros atau menang di Australia, supaya orang tidak keliru, semuanya masih jauh,” katanya.

    “Saya menyedari kesukaran yang saya hadapi, salah satunya adalah halangan usia dan yang lain adalah masalah fizikal.

    “Apa yang membuatkan saya berharap adalah untuk bermain semula dan menjadi lebih kompetitif lagi.”

    Nadal menjalani dua pembedahan kerana kecederaan pinggulnya, salah satu daripadanya diumumkan secara terbuka pada Jun yang dijangka mengambil masa kira-kira lima bulan untuk sembuh. – AFP

    Rafael Nadal (tengah) menghadiri perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol di stadium Santiago BernabEu di Madrid, Sepanyol pada 17 September. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...