Nadal jangka tenis perlu tunggu lama

MADRID, 16 APRIL – Rafael Nadal merasakan keadaan tenis global sekarang bermakna tidak adanya peluang pertandingan akan diteruskan dalam masa terdekat apabila acara sukan telah lumpuh disebabkan oleh pandemik koronavirus.

Navok Djokovic turut menjangkakan penantian yang panjang sebelum tenis dibenarkan untuk disambung tanpa kehadiran peminat, dengan pemain nombor satu dunia menjangkakan pemain terpaksa menunggu ‘beberapa bulan’ lagi.

Terbuka Perancis, di mana Nadal mencatatkan rekod kemenangan 12 kali, yang telah ditunda sehingga September, sejurus selepas Terbuka AS, sementara Wimbledon telah dibatalkan awal bulan ini buat kali pertama sejak Perang Dunia Kedua.

Tetapi prospek antara grand slam di Roland Garros atau Flushing Meadow diadakan dengan kehadiran peminat telah menjadi semakin tipis. “Tenis adalah sukan global,” Nadal memberitahu stesen radio Sepanyol, Onda Cero kelmarin.

“Kami pergi dari satu negara ke satu negara dan ramai orang berpindah randah.

“Ia kelihatan sukar bagi saya untuk mana-mana kejohanan besar untuk diadakan dalam tempoh masa singkat dan sederhana.”

Kejohanan utama bola sepak sedang bersedia untuk bermain tanpa kehadiran peminat untuk beberapa minggu bagi menghabiskan musim mereka dan untuk mengelak dari kehilangan jumlah wang yang besar dari kontrak penyiaran.

Tetapi kejohanan tenis lebih mengharapkan peminat untuk mendapatkan keuntungan, menjadikan ia lebih rumit untuk menganjurkan kejohanan dalam stadium yang kosong.

“Ia bukan satu keputusan yang mudah,” Djkovic memberitahu dalam program yang sama. – AFP