Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadal ke separuh akhir Shanghai

    SHANGHAI, 13 Okt – Rafael Nadal akan berdepan dengan Marin Cilic dalam separuh akhir Shanghai Masters selepas pemain nombor satu dunia itu bergelut menewaskan Grigor Dimitrov 6-4, 6-7 (4/7), 6-3.

    Pemain dari Sepanyol itu yang tidak pernah memenangi trofi Shanghai, mengejar gelaran ketujuhnya dalam musim cemerlang dan mencipta tiga kejuaraan berturut-turut setelah memenangi Terbuka AS dan Terbuka China dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

    Nadal, 31, memang menjangkakan persaingan sengit menentang Dimitorv dari Bulgaria.

    Nadal, menikmati kecemerlangan, menewaskan sahabat baiknya Dimitrov dalam laluannya untuk memenangi Terbuka China pada Ahad lalu, gelaran keenamnya musim ini.

    Dan dia mengukuhkan statusnya sebagai pemain yang perlu disaingi di Shanghai ketika dia menewaskan Fognini dari Itali 6-3, 6-1.

    Rafael Nadal ketika meraikan kemenangannya ke atas Grigor Dimitrov 6-4, 6-7 (4/7), 6-3, di Kejohanan Shanghai Masters. – AP

    Dimitrov, yang memburu tempat dalam ATP Finals di London pada musim penamat, menewaskan Sam Querrey dari AS untuk membuat pertemuan bersama Nadal.

    Federer, pemain nombor dua dunia dari Switzerland, menentang Richard Gasquet dalam persaingan lapan pemain terakhir hari ini selepas Gasquet menyingkirkan pemain senegara dari Perancis, Gilles Simon dalam persaingan tiga set.

    Prospek pertemuan di antara Nadal-Federer pada Ahad ini menanti jika keduanya meneruskan prestasi sekarang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda